PIAGAM PELANGGAN
Kami warga Sekolah Kebangsaan Parit Setongkat dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
1. Menyediakan sistem pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara.
2. Menentukan keluaran sistem pendidikan mempunyai nilai-nilai teras yang ditetapkan dan ciri-ciri yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
3. Memberi ruang yang sama kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira latar belakang agama dan keturuanan untuk mendapatkan pendidikan yang sebaik-baiknya.
4. Mewujudkan sistem penguusan pendidikan yang cekap, berkesan, canggih, dinamik dan berteraskan kepada pembaharuan yang berterusan.
5. Menguruskan kerja dengan cekap, pantas dan bijaksana.
6. Menyediakan kakitangan yang berdedikasi, komited, terlatih, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.
7. Memastikan sekolah sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan pelanggan, murid, guru, masyarakat dan negara/kerajaan.
8. Meningkatkan kegemilangan dan martabat profesion keguruan.
7 PRINSIP KERJA
1. Patuhi sasaran kerja tahunan.
2. Perlaksanaan kerja berfokus.
3. Menjalankan tugas dengan teliti.
4. Berilmu dan bermaklumat.
5. Mengamalkan etika kerja yang baik.
6. Menjalankan tugas dengan penuh integriti.
7. Mewujudkan "Networking".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan